fbpx

Pelajar rugi RM6,360 dikelentong ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun kerugian RM6,360 selepas dikelentong ah long dalam kejadian di sini semalam.

Kejadian bermula pada 12 April lalu apabila pelajar tersebut mengisi borang permohonan pinjaman secara dalam talian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pelajar terbabit hanya mahu meminjam sebanyak RM1,000.

“Mangsa kemudiannya berurusan dengan lelaki bernama William dan dimaklumkan pinjaman minimum adalah sebanyak RM5,000.

“Pelajar itu kemudian bersetuju untuk memohon pinjaman minimum dan perlu membayar balik sebanyak RM161 sebulan selama tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, bermula detik itu mangsa beberapa kali dihubungi suspek yang meminta pelbagai bayaran termasuk membeli markah kredit untuk memudahkan kelulusan pinjaman.

Katanya, kali pertama mangsa membuat pemindahan wang sebanyak RM1,200 dan selepas itu dihubungi lelaki berlainan yang meminta pelbagai bayaran.

“Mangsa membuat tiga lagi bayaran ke dalam akaun sama sebanyak RM3,900 sebelum menerima panggilan daripada suspek yang memarahinya kerana dikatakan telah melanggar perjanjian dan diarahkan membayar RM1,260 ke dalam akaun sama.

“Ekoran kejadian itu, mangsa berasa tertipu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Cherating di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI