KOTA BHARU – Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini ditutup selama satu hari pada esok untuk kerja-kerja sanitasi.
Maik dalam satu kenyataan berkata, selain itu, Rumah Kebajikan Darul Aitam Maik dan Maahad Tahfiz Al-Quran Maik di sini juga tutup esok untuk sanitasi penuh.
“Ketiga-tiga bangunan akan ditutup selama satu hari bagi tujuan sanitasi penuh dan segala kesulitan amat dikesali.
“Bagaimanapun, segala urusan berkaitan dengan Maik masih boleh dilakukan melalui perkhidmatan secara dalam talian,” katanya di sini hari ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari www.e-maik.my atau Facebook, maikkelantanofficial. – K! ONLINE