fbpx

Pegawai PBT diberi kuasa kompaun kesalahan SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pegawai Penguat Kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Gred 19 ke atas diberi kuasa mengenakan kompaun pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) berkuat kuasa hari ini.

Langkah itu diambil susulan aduan diterima kerajaan berhubung ketidakpatuhan SOP dalam kalangan orang ramai di bazar Ramadan di beberapa lokasi di Malaysia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelanggaran SOP di bazar Ramadan perlu dipandang serius kerana penularan wabak Covid-19 masih berada di tahap membimbangkan.

“Berkuat kuasa hari ini KKM menurunkan kuasa mengkompaun kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan Gred 19 ke atas untuk mengkompaun.

“Ini termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP di bazar-bazar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI