fbpx

Nama Tsunoda bakal meletup musim ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSUNODA (depan) mahu membuktikan penyertaannya bersama AlphaTauri musim ini bukan semata-mata melengkapkan penyertaan dalam setiap perlumbaan sahaja. – ALPHATAURI

LONDON – Penasihat Red Bull, Helmut Marko menjangkakan Yuki Tsunoda mampu menjadi pelumba Jepun pertama meraih kemenangan sulung dalam perlumbaan berprestij dunia, Formula Satu (F1) tidak lama lagi.

Tsunoda yang membuat debut bersama pasukan AlphaTauri musim ini, mencuri tumpuan sewaktu aksi pramusim di Litar Antarabangsa Bahrain, malah berada pada kedudukan kedua di belakang Max Verstappen ketika sesi ujian tersebut.

Pelumba berusia 20 tahun itu turut membuktikan kualitinya sebagai pelumba F1 berbakat besar dan bersaing secara merit, bukannya sekadar melengkapkan perlumbaan apabila berjaya mengutip mata pertama pada Grand Prix (GP) Bahrain bulan lalu.

Tsunoda mengakhiri perlumbaan itu pada kedudukan kesembilan sekali gus muncul selaku pelumba muka baharu paling cemerlang berbanding dua rookie lain dalam saingan musim ini seperti Nikita Mazepin dan Mick Schumacher.

Marko tanpa berselindung menghamburkan pujian melangit kepada bekas peserta program remaja Red Bull itu yang kini disebut-sebut sebagai ‘jelmaan baharu Verstappen’.

“Saya yakin Tsunoda bakal menjadi pelumba Jepun pertama yang akan menjulang gelaran dunia dan meraih kemenangan F1 tidak lama lagi.

“Dia baru berusia 20 tahun dan tidak melakukan sebarang kesalahan pada aksi pertama­nya dalam saingan ini. Apa yang saya lihat dia cepat menemui keserasian bersama jentera dan catatannya pada perlumbaan di Bahrain cukup baik.

“Lihat cara dia meng­atasi Lance Stroll (pelumba Aston Martin) pa­da pusingan terakhir GP Bahrain kerana dia keting­galan 150 meter di belakang tetapi masih cepat membuat keputusan. Saya yakin dia akan berada di podium nanti,” ujar Marko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI