fbpx

Rita Rudaini diusik netizen gara-gara ‘family tree’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA bersama dua anak lelakinya, Aidit Rayyan dan Aidit Qaqa.

PETALING JAYA – Perkongsian pelakon Rita Rudaini memaparkan anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna sedang menyiapkan kerja sekolah mengundang usikan netizen kerana terpampang foto bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Rita, anaknya sedang menyiapkan tugasan ‘family tree’ (rajah keluarga) yang diberikan oleh guru di sekolahnya.

Foto memaparkan family tree yang dimuat naik Rita dalam Instagramnya menarik perhatian ramai.

“’Family tree’ lagi. Mommy sebenarnya nak cetak gambar Hyun Bin (pelakon Korea) ganti tempat daddy (Aidil Zafuan). Tapi mommy takut cikgu pengsan pula,” seloroh Rita.

Hantaran tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi pengikutnya sehingga ramai yang mengusik Rita bersama pemain bola sepak kebangsaan itu.

“Eh! Daddy dia tu bukan pemain bola ke? Macam terkenal,” usik seorang pengikut yang turut meminta Rita supaya menggunakan foto bekas suaminya yang lebih segak.

Usikan tersebut dijawab Rita dengan memberitahu, foto berkenaan adalah yang paling segak ketika Aidil bermain bersama pasukan Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.

“Itu gambar lama masa main dengan Negeri Sembilan. Paling segak dulu. Sekarang dah tak segak, gemuk. Muka tak manis,” kata pelakon asal Perlis itu.

Di sebalik usikan nakal antara Rita dengan pengikutnya, terdapat juga segelintir komen melahirkan rasa sedih dan kasihan terhadap anak-anak pelakon itu kerana tidak membesar tanpa seorang bapa.

“Tak dapat bayangkan betapa jauh di sudut hati anak-anak merindui kasih seorang ayah,” kata seorang pengikutnya yang lain.

“Kita pula yang menangis. Ya Allah semoga Rayyan dan Arjuna menjadi anak yang baik pada masa hadapan. Jangan simpan benda buruk tentang ibu bapa kamu, amin,” kata seorang lagi peminatnya.

Bagaimanapun, terdapat juga komen kurang ‘enak’ ditinggalkan seorang individu apabila mendakwa pelakon filem Mami Jarum itu masih belum ‘move on’ dengan perceraiannya bersama Aidil.

“Sis, ‘move on’ lah. Si lelaki itu dah ada isteri anak. Hidup masing-masinglah. Nampak sangat sis masih menanti benda yang tidak pasti,” tulisnya.

Enggan berdiam diri, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 44, meminta individu terbabit berfikir dahulu sebelum meninggalkan komen.

“Takkan ‘family tree’ aku nak letak gambar laki hang (suami awak)? Tergila-gila kepala otak hang! Nak komen biar cerdik sikit,” balas Rita.

Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil, 33, pada 2008, namun bercerai September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini berada di bawah jagaan Rita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI