fbpx

Hujan di beberapa kawasan, ribut petir di Tawau pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan akan turun di beberapa tempat di kawasan pantai di Perak pagi esok.

Menurut ramalan yang disiarkan di laman web rasmi MetMalaysia menunjukkan kawasan pantai di Pulau Pinang juga akan mendung pada pagi esok.

Sementara di negeri-negeri lain iaitu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor pula keadaan cuaca diramalkan tiada hujan.

Sementara itu, di Sabah pula diramalkan akan berlaku ribut petir di satu atau dua tempat di Tawau pagi esok.

Di Wilayah Persekutuan Labuan pula MetMalaysia meramalkan satu atau dua tempat akan hujan, selain tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.

Manakala di Sarawak, ramalan MetMalaysia menunjukkan hujan akan melanda di satu atau dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Bentong pagi esok sementara tiada hujan di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI