fbpx

Hanya trofi mampu pujuk Messi kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona sudah boleh menekan ‘butang panik’ kerana berkemungkinan besar bakal kehilangan khidmat bintang sensasi pasukan itu, Lionel Messi susulan kekalahan 1-2 kepada Real Madrid dalam aksi ­­El Clasico­ pada Ahad lalu.

Kekalahan itu menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan Messi, 33, bersama The Catalan memandangkan kontraknya akan tamat pada 30 Jun ini dan masih tiada perbincangan untuk melanjutkan perjanjian tersebut.

Bagaimanapun, Barcelona dilihat masih ada dua cara untuk memujuk pemenang enam Ballon d’Or itu kekal di Stadium Camp Nou dengan menewaskan Athletic Bilbao dalam perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol pada 18 April ini.

Peluang Messi terus bersama Barcelona lebih cerah jika mampu menjuarai saingan La Liga musim ini, sekali gus merampas kembali kejuaraan dimenangi mereka dua tahun lalu.

Pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele yang juga akan tamat kontrak hujung musim ini, percaya kehadiran Messi amat penting buat skuad bimbingan Ro­nald Koeman itu yang sedang membina semula kekuatan pasukan itu.

“Apabila Messi ada dalam padang, ia secara tidak langsung meningkatkan keyakinan kami terutama pemain-pemain muda. Dia bukan sahaja membantu dari segi permainan tetapi turut memberikan nasihat yang sa­ngat berguna,” katanya.

Difahamkan, Presi­den Barcelona, Joan Laporta dilaporkan sedang menyiapkan kertas kerja untuk menghasilkan sebuah pasukan juara dalam cubaan memujuk kapten Argentina itu, namun ia perlu bergantung kepada situasi kewangan pasukan terlebih dahulu.

Sebagai rekod, Manchester City, Paris Saint-Germain dan Inter Milan antara tiga pasukan yang dilihat mampu menyambar khidmat Messi dengan bayaran gaji tinggi sekiranya penyerang prolifik itu benar-benar meninggalkan Barcelona musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI