fbpx

Covid-19 : Kompleks Seri Iman ditutup 3 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kompleks Seri Iman.

KUALA TERENGGANU – Kompleks Seri Iman yang menempatkan enam pejabat agensi kerajaan negeri Terengganu diarahkan tutup selama tiga hari sehingga lusa berikutan penularan kes Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penutupan premis tersebut terpaksa dilakukan selepas 11 kes positif Covid-19 direkod dalam kalangan kakitangan yang berkhidmat di bangunan pusat pentadbiran tersebut.

Beliau berkata, penutupan itu melibatkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

“Perintah penutupan premis tersebut bagi membolehkan kerja-kerja nyah kuman dilakukan.

“Ia selaras dengan Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Nor Azimi berkata, setakat ini, sebanyak 177 kes aktif positif Covid-19 direkodkan di Terengganu.

Beliau memberitahu, kes pesakit yang disahkan Covid-19 itu sedang diberikan rawatan dan berada dalam keadaan stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI