fbpx

Cemas 20 minit terperangkap dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di dalam longkang tersebut.

KOTA TINGGI – Seekor anak kucing terperangkap kira-kira 20 minit di dalam longkang sedalam tiga kaki di Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya di sini berjaya diselamatkan pihak bomba.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, seramai tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.57 petang.

“Kejadian itu disedari oleh orang awan yang mendengar bunyi anak kucing tersebut di dalam longkang sedalam lebih kurang tiga kaki.

“Tindakan orang awam yang cuba untuk mengambil anak kucing itu dengan membuka penutup longkang tidak berjaya kerana penutup berkenaan berat.

“Anggota kemudian bertindak menyelamat anak kucing tersebut yang telah 20 minit terperangkap dengan membuka penutup longkang tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, anak kucing itu berada dalam keadaan basah ekoran longkang berkenaan yang terdapat sedikit air selepas hujan.

Jelas Mohd. Rafi, haiwan itu kemudian diserahkan kepada pemanggil untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI