fbpx

Buruh maut, motosikal rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda RS150 dinaiki Tengku Zawari yang merempuh belakang sebuah lori di Km 107, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Kerteh, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang buruh maut selepas motosikal jenis Honda RS150 dinaikinya terlanggar belakang sebuah lori membawa muatan perkakasan di Kilometer 107, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kerteh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, Tengku Zawari Tengku Husin, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Tengku Zawari dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Limbong, Paka, Dungun setelah berehat sebentar di Pantai Kuala Kerteh di sini.

“Terdahulu, mangsa dikatakan menunaikan solat zuhur berjemaah di sebuah masjid berhampiran.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda RS150 ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba mengubah haluan memasuki lorong kiri sebelum hilang kawalan merempuh belakang sebuah lori membawa muatan produk perkasasan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan Tengku Zawari tercampak sejauh kira-kira empat meter ke atas jalan.

Tambah beliau, pemandu lori berusia 30 tahun berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI