fbpx

Atlet Olimpik, Paralimpik lega terima suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican beramah mesra dengan atlet selepas menerima suntikan vaksin di Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

ATLET negara yang akan menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 mengakui sedikit lega selepas menerima suntikan dos pertama vaksin sempena program imunisasi Covid-19 kebangsaan sebagai persiapan ke temasya berkenaan.

Pada program itu, seramai 264 atlet dan pegawai yang terlibat di temasya tersebut telah mene­rima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras semalam.

Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang sah ke Olim­pik Tokyo pada Julai ini mengakui gembira dengan program imunisasi Covid-19 sekali gus memberi keyakinan kepada atlet negara menyertai kejohanan di pentas antarabangsa.

“Pemberian vaksin Covid-19 ini adalah satu langkah terbaik dan saya rasa lebih selamat serta selesa kerana atlet negara tidak perlu risau apabila menyertai Sukan Olimpik Tokyo.

“Saya akui gembira kerana menjadi yang terawal menerima suntikan vaksin dan kami boleh menyertai kejohanan Piala Dunia di Mesir pada Jun nanti tanpa sebarang kebimbangan.

“Ini merupakan kejohanan pertama saya selepas kali terakhir menyertai kejohanan kompetitif di Sukan SEA 2019. Saya harap mampu lakukan terbaik dan mencari semula keyakinan saya di Mesir. Di situ nanti saya dapat mengukur prestasi saya berada di tahap mana,” katanya semalam.

Sementara itu, atlet para negara yang juga pemenang pingat emas Olimpik Rio de Janeiro, Brazil (2016), Abdul Latif Romly mengakui teruja dengan suntikan vaksin tersebut kerana ia adalah tiket terbaik kepadanya untuk menyertai latihan di pentas antarabangsa.

“Saya sangat gembira kerana selepas menerima suntikan vaksin ini kami mampu menyertai kejohanan di Jerman dan latihan bagi mengukur kemampuan saya sebelum menyertai Sukan Para­limpik nanti.

“Saya bertekad untuk melakukan terbaik dan ingin mempertahankan gelaran pingat emas di Tokyo nanti. Kalau boleh saya mahu mencatat rekod baharu dengan melakukan lompatan sejauh 8.00 meter dalam acara lompat jauh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI