fbpx

Amani Vanila Temerloh produk pelancongan baharu Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Sharkar (kiri) diiringi Mohamad Feisal melihat pokok vanila di Amani Vanila Temerloh di Temerloh hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH – Amani Vanila Temerloh (AVT) yang menjadi pelopor industri vanila negara kini melangkah setapak lagi apabila diangkat menjadi produk baharu pelancongan Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, keunikan dan tarikan AVT membuatkannya amat berpotensi untuk menjadi satu tarikan baharu pelancong dalam dan luar negara.

“AVT menjadi pelopor dan pengeluar utama industri vanila di Malaysia dan produk baharu pelancongan berasaskan makanan dikenali emas hijau yang popular di seluruh dunia.

“Industri vanila yang dipelopori AVT berjaya menarik perhatian bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi rakyat asing untuk datang melihat tumbuhan itu sambil menikmati produk hiliran tanaman komersial tersebut,” katanya pada majlis perasmian Farm Nursery dan Cafe Amani Vanilla Temerloh di Kafe Amani Vanilla Temerloh di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Datuk Ishak Mokhtar dan pengusaha AVT, Mohamad Feisal Mohamed Norawi.

Menurut Mohd. Sharkar, walaupun baharu, AVT dilihat terus mendapat sambutan yang baik daripada rakyat negara ini.

Bahkan, katanya, AVT juga dilihat berjaya menghasilkan aiskrim vanila menggunakan vanila asli seterusnya mendapat permintaan yang tinggi.

“Walaupun kuantiti pengeluaran masih kecil tetapi kemampuannya meletakkan industri vanila sebagai ‘produk emas` terbaharu untuk diusahakan secara komersial sangat mengagumkan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI