fbpx

Agong, PM bermesyuarat menerusi sidang video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bermesyuarat dengan Muhyiddin menerusi sidang video.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadakan mesyuarat Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pagi ini.

Laman Facebook rasmi Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat itu menerusi sidang video.

“Sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula pukul 8.30 pagi,” kata laman Facebook berkenaan.

Menurut Istana Negara, Mesyuarat Pra-Kabinet antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI