fbpx

Tiada aduan pelanggaran SOP solat tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak menerima sebarang aduan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa umat Islam menunaikan solat tarawih yang bermula malam tadi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pengurusan masjid dan juga jemaah yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Alhamdulillah, pihak yang melaksanakan solat tarawih di masjid-masjid, setakat yang saya tahu patuh SOP, dan walaupun kita menyambut Ramadan tetapi pihak masjid dan Jakim sentiasa memantau daripada segi kepatuhan SOP.

“Setakat ini tidak ada aduan yang melanggar SOP,” katanya selepas merasmikan Program Majlis Pelancaran Kembara Al-Amin Ramadan 1442H/2021M ‘Gerbang Ramadhan Anda’ di Lobi Blok A, Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Mengulas mengenai program Kembara Al-Amin Ramadan 1442H/2021M, Ahmad Marzuk memaklumkan ia bakal berlangsung mulai hari ini sehingga 30 Ramadan depan menerusi 13 segmen.

Katanya, 13 segmen disediakan berkonsepkan bual bicara, infografik, videografik, peraduan, doa dan zikir harian yang disiarkan secara langsung mahupun rakaman.

“Kembara Al-Amin merupakan sebuah jenama program digital yang disiarkan menerusi media sosial rasmi Jakim dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang secara umumnya bertujuan mengajak masyarakat sama-sama menghayati pengisian bulan Ramadan menerusi media sosial.

“Selain itu, ia juga sebagai salah satu usaha dakwah dan penyebaran nilai-nilai murni dalam memastikan pengguna media sosial menerima pengisian bermanfaat  dan maklumat terkini yang tepat berkaitan hal ehwal Islam,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengumumkan kebenaran untuk mengadakan solat tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan yang bermula malam tadi. – K ! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI