fbpx

RM1.5 juta bantu 2,500 peniaga bazar di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA petugas membuka semula khemah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam susulan keputusan kerajaan negeri membatalkan semua bazar Ramadan di negeri itu.

KOTA BHARU- Kerajaan negeri Kelantan bersetuju menyalurkan wang saguhati sebanyak RM1.5 juta kepada 2,500 peniaga yang terjejas ekoran penutupan bazar Ramadan dan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, selain wang saguhati itu, kerajaan negeri juga akan memulangkan semula semua wang deposit yang telah dibayar oleh semua peniaga melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

“Jumlah 2,500 orang peniaga ini merupakan peniaga yang berdaftar dengan semua PBT di seluruh negeri Kelantan. Pengumuman lanjut akan dimaklumkan kelak.

“Jadi, kesemua mereka akan diberikan wang saguhati memandangkan kebanyakan peniaga hanya bergantung kepada punca pendapatan mereka melalui jualan di bazar Ramadan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengikut pengiraan daripada jumlah saguhati RM1.5 juta itu, setiap seorang daripada 2,500 peniaga akan menerima sebanyak RM600.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Kelantan membuat keputusan membatalkan semua bazar Ramadan dan bazar Aildilfitri di seluruh negeri pada tahun ini berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lepas.

Kesan daripada pembatalan itu menyebabkan ribuan peniaga kecil di bazar Ramadan di 11 jajahan di negeri itu terpaksa menanggung kerugian selain kehilangan sumber pendapatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI