fbpx

PKPD Kilang YTY dan asrama pekerja ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan tentang penamatan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti pada 15 April ini seperti yang telah dijadualkan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti yang terlibat adalah Kilang YTY dan asrama pekerja di Lekir, Setawan, Perak serta Kampung Rimbayan di Keningau, Sabah.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 1,248 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 647 kes positif Covid-19 telah direkodkan di Kilang TYT dan asrama pekerja itu.

“Di Kampung Rimbayan pula, sebanyak 304 ujian saringan telah dilakukan dan 43 kes positif Covid-19 telah direkodkan namun KKM mengesakan baki kes positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta kesemua kes positif telah menerima rawatan,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di dua lokaliti tersebut pada 15 April ini seperti yang telah dijadualkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan tentang pelanjutan penguatkuasaan PKPD di empat lokaliti di Tawau, Sabah yang sepatutnya berakhir pada 14 dan 15 April ini.

“PKPD di Kampung Ranggu Batu 10 dan Fasa 2, Taman Semarak, Mukim Balung serta Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah sepatutnya berakhir esok dan PKPD di Kampung Simpang 3A, Merotai Besar pula dijadualkan tamat lusa.

“KKM bagaimanpun mengesahkan masih terdapat jumlah yang besar sedang menunggu keputusan ujian saringan dan masih juga berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk,” katanya.

Jelas beliau, susulan itu, kerajaan memutuskan untuk menyambung PKPD di empat lokaliti berkenaan bermula 15 hingga 28 April ini di Kampung Ranggu Batu 10 dan Fasa 2, Taman Semarak, Mukim Balung serta Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah.

“Bagi Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau, Sabah pula, PKPD di kawasan itu akan dilanjutkan bermula 16 hingga 29 April,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut mengumumkan tentang pelaksanaan PKPD di empat daerah iaitu di Sandakan, Tawau dan Kota belud, Sabah serta di empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang.

“PKPD di Sabah melibatkan Pasar dan Perumahan Sim-sim, Mukim Berhala serta Kampung Sungai Obar, Batu 7, Mukim Sentosa, daerah Sandakan; Taman Villa Mas, Tawau, Sabah dan Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud, Sabah.

“Empat perkampungan di Temerloh, Pahang yang turut dikenakan PKPD adalah Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai-Kampung Batu 4 serta Paya Pulai-Kampung Batu 5, Jalan Maran,” katanya.

Ismail Sabri berkata, PKPD di keempat-empat lokaliti itu akan dikuatkuasakan bermula 14 hingga 27 April ini untuk memastikan pergerakan penduduk di lokaliti terlibat dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI