fbpx

Pesawat mewah ditaja Gabenor Madinah – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Zulkifli dan rombongannya yang didakwa menaiki penerbangan mewah.

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan dakwaan salah guna wang rakyat dengan menaiki pesawat mewah ketika lawatan ke Arab Saudi seperti tular di media sosial.

Zulkifli berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali sebaliknya ia ditaja oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman Abdulaziz Al Saud.

“Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri dari Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara.

“Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dengan pesawat berkenaan. Begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan.

“Justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana adalah tidak benar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Zulkifli berkata, beliau melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut Zulkifli lagi, beliau bersama delegasi Malaysia menaiki penerbangan SAUDIA Airlines dari Kuala Lumpur ke Riyadh, sama seperti penumpang lain.

“Bagi penerbangan dari Riyadh ke Madinah seperti dalam video tular tersebut, ia diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia,” katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, beliau memaafkan tuduhan tersebut dan tidak menyimpannya di dalam hati. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI