fbpx

Perintah berkurung di Minneapolis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis Portland mengejar penunjuk perasaan dalam bantahan pembunuhan Daunte Wright semalam di Portland, Oregon. - AFP

MINNEAPOLIS, Minnesota – Pihak berkuasa Minneapolis dan kawasan sekitarnya mengumumkan perintah berkurung semalam selepas anggota polis menembak mati seorang pemuda kulit hitam dalam tindakan yang meningkatkan ketegangan di bandar raya Amerika Syarikat  (AS) itu.

“Saya mengisytiharkan darurat di bandar Minneapolis manakala perintah berkurung bermula  pada pukul 7 petang (waktu tempatan)  malam ini (semalam) sehingga pukul 6 pagi esok,” kata Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey pada satu sidang akhbar.

Perintah berkurung itu akan juga dikuatkuasakan di bandar St. Paul dan komuniti sekitar termasuk Daerah Hennepin County di mana Daunte Wright, 20, terbunuh Ahad lepas apabila seorang anggota polis tersilap melepaskan tembakan menggunakan pistol sebenar dan bukan pistol renjatan semasa satu konfrontasi.

Minneapolis  merupakan bandar raya terbesar di negeri Minnesota. Kota raya itu  tegang berikutan perbicaraan pembunuhan George Floyd.  Lelaki berumur 25 tahun berketurunan Amerika-Afrika itu mati pada 25 Mei tahun lalu selepas seorang anggota polis kulit putih menekan lututnya pada leher mangsa selama lebih sembilan minit.

Pembunuhan Floyd mencetuskan bantahan di seluruh AS termasuk protes ganas dan mendorong stigma perkauman di AS.

Presiden Joe Biden menggesa supaya sentimen perkauman di negara itu ditamatkan.

Bagaimanapun kelmarin ketika beliau menyifatkan kematian Wright sebagai tragis, Biden  memberi amaran terhadap protes ganas dan berkata, orang ramai perlu menunggu untuk siasatan kes itu dilakukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI