fbpx

Peniaga bazar Ramadan sesak nafas terhidu asap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli terbaring di kawasan berumput setelah sesak nafas akibat terhidu asap dan keletihan ketika berniaga di Bazar Ramadan Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Bazar Ramadan Kuala Berang di sini sedikit kecoh apabila seorang peniaga roti canai dan martabak tiba-tiba mengalami sesak nafas akibat terhidu asap.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, Rosli Ismail,59, terpaksa berehat dengan berbaring di kawasan rumput berhampiran selama hampir setengah jam.

Dia memberitahu tiba-tiba mengalami sesak nafas apabila terhidu asap ketika sedang memasak roti canai dan martabak sambil melayani pelanggan.

“Mungkin asap yang terhasil dari dapur-dapur peniaga hanya beredar di sekitar kanopi di samping pemakaian pelitup muka membuatkan saya mengalami kesukaran bernafas.

“Kehadiran pelanggan pada hari pertama bazar Ramadan ini juga ramai dan di luar jangkaan mungkin juga menyebabkan saya agak keletihan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas dia sedikit lega di sini hari ini.

Rosli berkata, dia tiada pilihan lain selain merebahkan badan ke atas kawasan berumput untuk merehatkan diri dan meminta anak saya terus melayan pelanggan.

Dia memberitahu pertama kali mengalami sesak nafas sejak lebih 20 tahun berniaga roti canai dan martabak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI