fbpx

Pencuci kereta maut motosikal bertembung Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Syahmu meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tanjung Minyak, di sini malam tadi.

MELAKA – Seorang pencuci kereta maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah Perodua Axia di Jalan Tanjung Minyak, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Muhammad Syahmu Rosdi, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis SYM dalam perjalanan menghala ke Taman Bertam Jaya.

“Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang pegawai perubatan wanita berusia 27 tahun dalam perjalanan keluar dari arah simpang Taman Cheng menghala ke Taman Bertam Jaya.

“Setiba di tempat kejadian, mangsa dikatakan tiba-tiba datang dari arah lampu isyarat Tanjung Minyak/Bukit Rambai dan merempuh bahagian hadapan kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya, akibat kemalangan itu, mangsa yang beralamat di Taman Paya Emas, Paya Rumput mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Afzanizar berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI