fbpx

Penang FC gagal guna kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
a
TRUCHA kecewa Penang FC masih belum menang pada Liga Super.

KETUA jurulatih Penang FC, Tomas Trucha akur selepas me­nyaksikan anak-anak buahnya gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas seri 1-1 ketika bertemu Sabah FC dalam aksi Liga Super kelmarin.

Pada aksi di Stadium Bandaraya, George Town, skuad Rhinos berjaya meraih gol menerusi ledakan Saddil Ramdani pada minit ke-52 sebelum penyerang sensasi Penang, ­Casagrande menyamakan kedudukan pada penghujung perlawanan.

Kata Trucha, faktor cuaca buruk dengan keadaan hujan lebat pada separuh masa pertama menggagalkan strategi pasukannya untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat seperti dirancang.

“Saya tidak menjangkakan permainan yang mudah daripada Sabah dan menganggap mereka sebagai pasukan sukar dikalahkan.

“Bagaimanapun, cuaca buruk pada awal permainan sedikit menjejaskan tempo permainan kami. Apabila memasuki babak kedua, usaha untuk pasukan meraih tiga mata sudah terlewat terutama selepas ketinggalan dan kami terpaksa akur dengan keputusan seri ini,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah. Kurniawan Dwi Yulianto mengakui strategi yang direncanakan untuk memerangkap pasukan Sang Harimau Kumbang menjadi sekali gus membawa pulang satu mata berharga.

“Kita sudah menganalisis corak permainan pasukan ­Penang yang merupakan satu pasukan cukup konsisten musim ini. Secara peribadi, kami berjaya seimbangkan kekuatan dengan mereka dan saya anggap seri adalah keputusan adil buat kedua-dua pasukan,” katanya.

Keputusan seri yang dicatatkan mengekalkan Penang pada kedudukan keempat dengan 15 mata, manakala Sabah FC pula di tangga ke-10 dengan mengutip enam mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI