fbpx

Pekerja bengkel kimpal melecur kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekerja bengkel kimpalan yang melecur selepas premis tersebut terbakar di Jalan Tangga Batu di sini, petang tadi.

MELAKA – Seorang pekerja bengkel kimpalan melecur pada bahagian badan, tangan dan kaki selepas premis tersebut terbakar di Jalan Tangga Batu, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang tadi, mangsa berusia 22 tahun dikejarkan ke Hospital Melaka menaiki van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Roslan Manas berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7 malam dan seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu dikejarkan ke lokasi bersama sebuah EMRS.

“Setiba di lokasi, kita dapati sebuah premis bengkel kimpalan sedang terbakar dan terdapat seorang mangsa lelaki di dalamnya.

“Pasukan bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan dan berjaya membawa keluar mangsa yang melecur pada bahagian badan, tangan dan kaki,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa kemudian telah diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan dikejarkan ke Hospital Melaka.

“Kebakaran premis berjaya dipadamkan 15 minit kemudian dan operasi tamat pada pukul 8.07 malam.

“Punca kebakaran bagaimanapun masih lagi dalam siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI