fbpx

Padah rogol OKU hingga hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Aziz Mamat (kiri) mengaku bersalah merogol seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) sehingga hamil pada tahun lalu di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai basikal dihukum penjara selama 12 tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) sehingga mengandung pada tahun lalu.

Tertuduh Aziz Mamat, 60, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang wanita yang berusia 40 tahun yang diketahui olehnya mengalami kecacatan mental.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah rumah di Kampung Kuin Pasir, Bachok di sini kira-kira pukul 7 petang pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Aziz merayu agar mahkamah menetapkan satu hukuman yang ringan memandangkan dia sudah berusia dan menghidap penyakit gout.

Bagaimanapun, Mohd. Faizuan memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal kerana mangsa merupakan seorang wanita OKU selain didapati hamil akibat kejadian itu meskipun kandungannya kini sudah mengalami keguguran.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara selama 12 tahun bermula tarikh tangkapan iaitu pada 7 April lalu dan satu sebatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI