fbpx

NSL pentas kompetitif – Syafazliana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARANG Kosmo!/Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan (kiri) menyampaikan hadiah kepada Pemain Pertahanan Terbaik NSL, Nur Syafazliana di Stadium Juara, Bukit Kiara malam kelmarin. – ZULFADHLI ZAKI

MUSIM sulung saingan Netball Super League (NSL) akhirnya melabuhkan tirainya kelmarin dengan menyaksikan Kuala Lumpur (KL) Wildcats muncul juara dengan menewaskan Johor Je­wels pada perlawanan akhir.

Pada aksi final di Stadium Juara, Bukit Kiara itu, KL yang dianggap pasukan pilihan tidak berdepan masalah apabila menang 58-47.

Ketua pasukan KL, Nur Syafazliana Mohd. Ali mengakui gembira apabila skuad kendalian Norizan Rajab itu berjaya menjadi juara sulung pada saingan liga bola jaring berkenaan.

“Secara jujur, kami sangat gembira dengan kejuaraan ini, lebih-lebih lagi berdepan cabaran sengit daripada Johor sepanjang perlawanan akhir semalam (kelmarin).

“Bola jaring adalah permainan berpasukan, jadi kemenangan ini adalah hasil kerjasama semua pemain. Selain itu, faktor psikologi turut memainkan pe­ranan pada aksi final,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Syafazliana yang turut dinobat sebagai Pemain Pertahanan Terbaik bagaimanapun sedih memandangkan saingan yang julung-julung kali diadakan itu sudah melabuhkan tirainya.

Katanya, dia mungkin terasa ‘kosong’ selepas ini memandangkan sudah biasa bermain secara kompetitif setiap minggu pada saingan NSL tersebut.

“Apabila NSL berakhir, sudah tentu ada rasa sedih itu kerana kami sudah bersama selama se­­b­u­lan, berbeza dengan kejohanan sebelum ini yang berlangsung lebih kurang empat hari sahaja.

“Apa yang pasti, selepas ini mungkin akan rasa sedikit ‘kosong’ kerana kami sangat seronok beraksi pada saingan NSL. Secara jujur, penganjuran ini sangat menarik untuk semua pemain,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI