fbpx

Mourinho tempelak kenyataan Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOURINHO (dua dari kiri) bengang dengan ejekan Solskjaer (dari dari kanan) terhadap Heung-min selepas tamat perlawanan kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho tampil mempertahankan Son Heung-min selepas penyerangnya itu menjadi kecaman pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Solskjaer menyelar tindakan Heung-min yang didakwa berlakon dengan memegang muka selepas terkena tangan Scott McTominay sehingga pengadil membatalkan jaringan awal Edinson Cavani.

Bagaimanapun, ia masih tidak membantu Spurs apabila tewas 1-3 pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur itu malam kelmarin.

“Saya sangat terkejut de­ngan komen yang diberikan Ole (­Solskjaer) terhadap Son (Heung-min). Seorang jurulatih yang juga seorang ayah tidak boleh berkata sedemikian.

“Son amat bertuah kerana bapanya lebih baik berbanding Ole. Saya juga seorang ayah, jadi memang tugas saya untuk menye­diakan makanan kepada anak-anak saya,” kata Mourinho.

Terdahulu, Solskjaer me­negaskan, beliau mungkin tidak akan memberikan Heung-min sebarang makanan jika pemain Korea Selatan itu adalah anaknya disebabkan insiden tersebut.

Begitupun, United tetap pulang dengan tiga mata hasil ja­ringan Fred, Cavani dan Mason Greenwood, manakala gol tunggal Spurs dijaringkan oleh Heung-Min.

Peluang Spurs untuk muncul empat pasukan teratas semakin sukar apabila menduduki tangga ketujuh dengan baki tujuh perlawanan sahaja lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI