fbpx

Mayat lelaki ditutup daun ditemui di kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GERIK – Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada pipi dan kepala serta ditutupi daun ditemui di kawasan kebun getah di Kampung Banggol Batu dekat Lenggong di sini hari ini.

Mayat Jamaluddin Hamzah, 55, yang beralamat di Kampung Biong, Sauk itu dijumpai orang awam yang kemudian melaporkan kepada polis pukul 12.10 tengah malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mayat mangsa yang masih berpakaian lengkap itu ditemui antara pokok-pokok getah dengan ditutupi daun.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan menyatakan mangsa mungkin dipukul menggunakan objek keras perpandukan kepada kesan kecederaan yang dialaminya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu telah ditangkap pukul 2 pagi di rumahnya di Lenggong.

“Pasukan forensik telah mengambil dua sapuan darah dari kuku suspek untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI