KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara petang ini selepas beberapa lokasi dilanda banjir kilat.
Ia akibat hujan lebat berterusan sejak pukul 4.30 petang tadi termasuk di kawasan Ampang dan Cheras.
Beberapa gambar kenderaan tenggelam dalam banjir kilat turut dikongsikan netizen di media sosial.
Sebilangan bazar Ramadan di sekitar ibu negara turut dilaporkan terjejas akibat ribut termasuk di Wangsa Maju.
Antara jalan raya didakwa dinaiki air di Jalan Kuching, Jalan Cheras, Jalan Maharajalela dan Jalan Raja Chulan. – K! ONLINE