fbpx

Kuota minyak masak bersubsidi kekal 60,000 tan sebulan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan masih mengekalkan kuota minyak masak bersubsidi sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan pada tahun lalu dan tahun ini walaupun harga Refined Bleached and Deodorized (RBD) palm olien telah meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jumlah tersebut bersamaan dengan 60 juta paket polibeg satu kilogram (kg), dengan 1.5 kg diperuntukkan untuk setiap rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Katanya harga RBD palm olien meningkat kira-kira 83 peratus kepada RM4,122 per tan metrik tahun ini berbanding RM2,255 per tan metrik pada tahun lalu.

“Kerajaan turut menambah peruntukan atas dasar komitmen untuk membekalkan 60,000 tan metrik meskipun harga RBD Palm Olien telah meningkat,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Alexander berkata, kerajaan menjangkakan kos skim itu meningkat daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion sekiranya RBD Palm Olien terus meningkat.

“Oleh yang demikian, keputusan kerajaan untuk mengekalkan kuota dalam program Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) menunjukkan komitmen kerajaan yang tinggi untuk mengurangkan kos sara hidup serta menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas susulan laporan portal berita Sarawak berhubung kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di negeri itu yang didakwa berpunca daripada tindakan syarikat pembungkus minyak masak yang tidak jujur kerana membekalkan minyak masak bersubsidi tidak mengikut kuantiti yang telah ditetapkan bagi edaran ke pasar raya dan kedai runcit.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI