fbpx

JPN KPKT tidak terbabit notis kutipan sumbangan oleh MKTR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penafian JPN KPKT terhadap notis kutipan sumbangan MKTR.

PUTRAJAYA – Orang awam khususnya penjawat awam dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan notis kutipan sumbangan yang berselindung di sebalik Majlis Kebangsaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Malaysia (MKTR).

Ia berikutan penularan notis permohonan sumbangan bagi tujuan aktiviti termasuk tajaan majalah yang menggunakan nama kesatuan berkenaan.

Susulan itu, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengesahkan menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang awam mengenai notis itu.

Menurutnya, pihaknya juga ingin memaklumkan bahawa JPN, KPKT tidak terbabit dengan sebarang permohonan sumbangan oleh MKTR itu.

“Kami juga menafikan bahawa pemohon sumbangan adalah kakitangan awam jabatan ini berdasarkan jawatan dan nama tertera pada notis berkenaan.

“Hasil semakan mendapati, Naib Presiden MKTR iaitu Tn. Hj. Nordin Abd. Rahman seperti yang tertera di dalam surat dan notis tersebut adalah bukan kakitangan JPN, KPKT,” katanya.

Katanya, pihaknya mengingatkan orang ramai khususnya penjawat awam agar tidak terpedaya atau tertipu dengan notis permohonan sumbangan sedemikian.

Jelasnya lagi, orang ramai diminta merujuk kepada laman sesawang rasmi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di https://kpkt.gov.my dan Jabatan Perumahan Negara di https://ehome.kpkt.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti JPN, KPKT. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI