fbpx

Jepun akan buang air sisa loji nuklear ke dalam laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunjuk perasaan memegang plakad "selamatkan lautan' dalam demonstrasi membantah tindakan kerajaan Jepun membuang sisa air loji nuklear ke dalam lautan di Tokyo, hari ini. - AFP

TOKYO – Kerajaan Jepun meluluskan rancangan untuk mengalirkan lebih satu juta tan air terawat  dari loji janakuasa nuklear Fukushima ke dalam laut, kata Perdana Menteri Yoshihide Suga semalam.

Walaupun proses itu tidak akan bermula untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi,  ia mencetuskan bantahan masyarakat nelayan tempatan dan kebimbangan Beijing serta Seoul.

Kerajaan Jepun berkata, pengaliran keluar itu selamat kerana air tersebut telah diproses untuk meneutralkan hampir semua unsur radioaktif selain akan dicairkan.

Tokyo mendapat sokongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang menyatakan bahawa proses tersebut serupa dengan pembuangan air sisa dari loji-loji  janakuasa lain di dunia.

“Kerajaan Jepun bersetuju mengalirkan air terawat  Fukushima ke dalam laut selepas memastikan air itu selamat. Kerajaan juga akan mengambil langkah untuk mencegah reputasinya daripada terjejas,” kata Suga kepada wartawan.

Kira-kira 1.25  juta tan air terkumpul di lokasi loji nuklear tersebut yang rosak semasa bencana  tsunami pada 2011.

Ia termasuk air yang digunakan untuk menyejukkan loji itu di samping air hujan dan air bawah tanah yang meresap.

“Mereka (kerajaan)  memberitahu kami bahawa mereka tidak akan membuang air itu ke dalam laut tanpa persetujuan nelayan.

“Kami tidak boleh menyokong langkah ini,” kata ketua koperasi perikanan Fukushima, Kanji Tachiya.

Keputusan Tokyo turut menerima bantahan serantau daripada Seoul dan Beijing.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menggesa Jepun supaya ‘bertindak dengan cara yang bertanggungjawab’  berhubung isu tersebut. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN