fbpx

Jangan komen tahniah, saya belum hamil – Yuna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNA

PETALING JAYA – Gara-gara disangka hamil oleh peminatnya, penyanyi antarabangsa Yuna terpaksa memadam sekeping foto yang dimuat naik Instagram.

Dia kemudian berkongsi semula foto tersebut dengan memberitahu bahawa dirinya masih belum diberikan rezeki untuk berbadan dua.

Menerusi foto yang dimuat naik semalam, kelihatan perut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai, 35, kelihatan sedikit berisi seperti sedang hamil.

“Terpaksa memuat naik semula gambar ini disebabkan salah faham daripada anda semua. Saya masih belum mengandung. Perut saya buncit disebabkan lunch tummy (baru lepas makan). Terus doakan saya. Terima kasih,” kata Yuna.

Dalam hantaran tersebut, pelantun lagu Terukir Di Bintang itu turut menggesa netizen supaya tidak meninggalkan komen sembarangan selagi tidak mendapat pengesahan daripada pemilik gambar.

“Mungkin boleh menghindar daripada meninggalkan komen seperti ‘omg congrats!’ (tahniah) tanpa mendapat pengesahan daripada pemilik gambar.

“Mungkin itu (ucapan tahniah) boleh menjadi perkara sensitif untuk mereka yang berusaha mendapatkan cahaya mata, mereka yang berusaha untuk menstabilkan diri sebelum membawa orang baharu (anak) ke dunia,” kata Yuna.

Malah isteri kepada Adam Sinclair itu juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada pengikutnya.

“Salam Ramadan Kareem. Moga menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Untuk rekod, Yuna telah mendirikan rumah tangga bersama Adam Sinclair yang juga adik kepada arwah pelakon Ashraf Sinclair pada 26 Januari 2018 di Bentong, Pahang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI