fbpx

Empat lelaki dikehendaki JIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki yang dikehendaki JIM untuk hadir ke mahkamah.

SEPANG – Tiga lelaki warga asing dan seorang warga tempatan dikehendaki Jabatan Imigresen (JIM) untuk hadir di Mahkamah Sesyen Sepang di sini dan Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih bagi tujuan perbicaraan.

Dua daripadanya dikehendaki berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen.

Mereka ialah Mohammad Anowar Hossain, 35, bernombor pasport BR0103704 dan Adhikari Ghanashyam, 42, (10977453) masing-masing warga Bangladesh dan Nepal yang beralamat terakhir di Kuala Lumpur.

JIM dalam satu kenyataan berkata, Mohammad Anwar beralamat terakhir di Roboz Hyperstore No. 9, Jalan Tun San Siew Sin manakala Adhikari beralamat terakhir di Gaun Beshi Dohori Restaurant & Bar, No. 116, Tingkat 1, Jalan Tun H. S. Lee.

Sementara itu, seorang lelaki warga Pakistan dikenali Nauman Ahmad, 51, dengan nombor pasport AY1151305 dikehendaki berhubung kes di bawah Seksyen 36 Akta Imigresen 1959 /63 (Akta 155) bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih.

“Lelaki ini beralamat terakhir di Kampung Anak Air Durian Daun Pondoi, Tampin, Negeri  Sembilan,” katanya.

Dalam pada itu, lelaki warga tempatan yang dikehendaki ialah Tan Hwai Haw, 34, dengan nombor kad pengenalan 871125-10-5281 dan beralamat terakhir No. 95 A Taman Seri Jaya, Tanjong Karang, Selangor.

Katanya, suspek dikehendaki atas Seksyen 55E Akta Imigresen 1959 /63 (Akta 155). – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI