fbpx

Empat jam pujuk ‘Uncle Yap’ terima bantuan Ebit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew menyuap makanan ke Uncle Yap ketika ditemui di Taman Baiduri, Kepong baru-baru ini.

Oleh IZZATUL ‘AIN AZMAN

PETALING JAYA – Tanpa mengira kaum, pendakwah terkenal, Ebit Lew membantu seorang golongan orang kelainan upaya (OKU) yang dikenali sebagai Yap di Taman Baiduri, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ebit turut sebak dan sayu apabila berjumpa warga emas itu kerana sudah setahun, Yap hanya tidur di atas kerusi roda di tepi jalan.

“Pak cik Yap mengalami kesukaran untuk tidur kerana kepalanya berada di tempat duduk kerusi rodanya. Saya berasa amat sedih sepanjang menonton video ‘Uncle Yap’.

“Saya menangis melihat keadaannya yang sebegitu. Ingatan ‘Uncle Yap’ pula sudah lama hilang. Walaupun keadaannya begitu, dia masih boleh berbual dan menjawab soalan saya,” katanya dalam akaun Facebooknya hari ini.

Ebit Lew yang dibantu oleh seorang guru Cina yang dikenali sebagai Alina mengambil masa selama empat jam untuk memujuk Yap supaya menerima bantuan daripada pihak Ebit.

Pendakwah terkenal itu membelikan pakaian dan kerusi roda baharu untuk Yap agar dia lebih selesa.

Yap kemudiannya dihantar ke Pusat Jagaan Wan Hing Care Centre di Seri Kembangan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI