fbpx

10,000 tapak bazar online percuma di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Amar Mirzat menunjukkan laman web Odajer.com yang menawarkan tapak bazar secara percuma kepada 10,000 peniaga yang terjejas dengan penutupan operasi bazar Ramadan. - Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Seorang pemuda menyediakan 10,000 tapak jualan secara online atau dalam talian percuma bagi membantu peniaga di seluruh Kelantan yang terjejas ekoran pembatalan bazar Ramadan.

Pemilik Odajer.com, Muhammad Amar Mirzat Ab. Kadir Jailani berkata, khidmat sosial itu dilakukan selepas terkesan melihat rintihan peniaga bazar di negeri ini yang telah bergolok-gadai untuk mencari rezeki sepanjang Ramadan tahun ini.

Menurutnya, perkhidmatan ini hanya ditawarkan selama sebulan bermula 1 hingga 30 Ramadan sahaja.

“Peniaga hanya perlu mendaftar di laman web Odajer.com. Selepas membuat pendaftaran mereka boleh memuat naik jenis perniagaan dan boleh beroperasi dengan terus.

“Uniknya sistem ini, kita bekalkan mereka dengan sistem perbankan internet apabila pembeli boleh membuat bayaran secara terus kepada peniaga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad Amar Mirzat memberitahu, kod pengimbas turut dibekalkan kepada peniaga untuk memudahkan urusan jual beli dengan pelanggan.

Katanya, pelanggan yang membuat imbasan kod itu akan dibawa terus ke platfrom bagi urusan jual beli.

“Sistem ini dijual dengan RM2,497 untuk satu unit, namun sempena bulan Ramadan, Odajer.com menawarkan platform ini secara percuma kepada peniaga bazar yang terjejas.

“Peniaga yang berdaftar menerusi Odajer.com ini akan mendapat untung bersih tanpa sebarang caj tersembunyi daripada pihak syarikat,” katanya.

Muhammad Amar Mirzat berkata, pada masa sama peniaga dapat membantu penghantar makanan menjana pendapatan menerusi penghantaran pesanan yang diselia oleh mereka sendiri.

Anak sulung dari tujuh beradik itu berkata, Odajer.com berharap sumbangan kecil itu dapat membantu meringankan beban peniaga bazar Ramadan yang terjejas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI