fbpx

Syor tambah baik fasiliti Jabatan Imigresen di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahmood (kanan) ketika mengadakan lawatan di KLIA hari ini. /FOTO IHSAN EAIC

SEPANG – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk menambah baik fasiliti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, Sepang.

Pesuruhjaya EAIC, Tan Sri Mahmood Adam berkata, penambahbaikan itu bertujuan mempersiap siagakan JIM selepas pintu masuk negara dibuka sepenuhnya nanti.

Katanya, pihaknya antara lain akan mengesyorkan kepada kerajaan agar menambah bilangan kaunter pejabat operasi pelawat asing yang ketika ini hanya mampu menguruskan 30 pelawat pada satu-satu masa.

“Hanya terdapat empat kaunter di pejabat operasi itu ketika ini dan akan berdepan kelewatan serta kesesakan terutama pada hujung minggu,” katanya ketika mengadakan lawatan ke agensi di bawah seliaan EAIC di KLIA1, di sini hari ini.

Lawatan selama sejam itu menyasarkan empat agensi penguat kuasa terdiri daripada JIM,Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain meninjau operasi harian dijalankan agensi berkenaan, EAIC turut mengenal pasti cabaran serta kekangan dihadapi petugas barisan hadapan di lapangan.

Mahmood berkata, EAIC juga akan mengemukakan permohonan kepada KKM untuk menambahkan bilangan kakitangan bertugas seandainya pintu antarabangsa dibuka.

Menurutnya, buat masa ini seramai 200 kakitangan KKM yang bertugas bagi melakukan proses saringan Covid -19 kepada pelawat yang tiba di KLIA.

“Kita juga menerima aduan daripada orang awam untuk penambahbaikan sepanjang pandemik ini dan maklum balas akan diberikan dalam jangka masa lima hari. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI