fbpx

Ruang untuk berjangkit Covid-19 di Kelantan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Dianggarkan sebanyak 22 peratus daripada kes positif di Kelantan merupakan kes yang tidak dapat dikaitkan dengan kluster-kluster yang sedia ada di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, keadaan itu membimbangkan apabila ia menunjukkan bahawa kes Covid-19 berada dalam komuniti dan ruang untuk berjangkit adalah terlalu tinggi.

Katanya, keadaan itu ditambah dengan kes jangkitan terlalu tinggi iaitu 1,029 kes dan sebanyak 24 kluster yang masih aktif di negeri ini dalam tempoh 14 hari.

“Kegusaran kita masih tinggi meskipun kes pada hari ini menunjukkan sedikit penurunan, namun keputusan jangkitan yang masih belum diterima adalah melebihi angka 2,000 sampel.

“Kadar penggunaan katil (BOR) di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) juga membimbangkan iaitu telah melebihi 70 peratus malah ada yang telah melebihi 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jumlah itu termasuk BOR di Hospital Tumpat sudah melebihi 113.4 peratus dan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai sudah penuh 100 peratus.

Katanya, bagi PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), bilangan katil yang penuh sudah mencapai 97.5 peratus,PKRC Jubli Perak (96.7 peratus), Hospital Jeli (95.8 peratus), Hospital Machang (87.5 peratus), Asrama Hospital Pasir Mas (85.7 peratus, Hospital Raja Perempuan Zainab II (81.0 peratus) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (83.3).

“Setakat ini, Kelantan mencatatkan kadar kebolehjangkitan (RT) yang tinggi dengan nilai 1.12 iaitu lebih tinggi daripada RT nasional iaitu 1.06.

“Kadar RT di Kelantan berada pada paras membimbangkan kerana kekal di atas 1.00 sejak beberapa minggu yang lalu,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI