fbpx

PPZ-MAIWP sasar RM120 juta zakat pada Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan kutipan zakat harta dan zakat fitrah sebanyak RM120 juta sepanjang Ramadan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, jumlah itu meningkat tiga peratus berbanding Ramadan tahun lalu yang merekodkan kutipan zakat berjumlah RM117 juta.

“Bagi kutipan zakat fitrah sahaja kami menyasarkan kutipan berjumlah RM8 juta di mana RM6 juta dikutip melalui bayaran secara dalam talian dan RM2 juta bayaran secara bersemuka di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP,” katanya pada sidang akhbar kempen Ramadan untuk semua di Wisma PPZ, di sini hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah pada tahun ini iaitu RM5, RM7 dan RM14.

“Selaras dengan moto PPZ-MAIWP iaitu “Memudahkan Anda Berzakat”, pelbagai saluran juga disediakan bagi memudahkan urusan bayaran zakat dilakukan.

“Perkhidmatan dan saluran bayaran sepanjang Ramadan termasuk 10 kaunter PPZ-MAIWP akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum, perkhidmatan Kaunter Zakat Digital (KZD), perkhidmatan Door to Door serta saluran dalam talian di portal rasmi PPZ-MAIWP,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN