fbpx

Penunggang Agama raih RM2 juta, sedia ‘sesatkan’ pawagam Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FILEM Penunggang Agama catat kejayaan memberangsangkan.

PETALING JAYA – Biarpun dihambat pandemik Covid-19 yang masih tidak berkesudahan, industri sinematik tempatan mampu bernafas apabila filem Penunggang Agama berjaya mencatatkan kutipan RM2 juta dalam tempoh dua minggu tayangan menerusi Astro First.

Sehubungan respons positif itu, pihak penerbit tidak teragak-agak untuk terus bergerak proaktif dengan membawa filem tersebut untuk ditayangkan di pawagam Singapura bermula 15 April 2021.

Hal tersebut sekali gus menjadikan filem arahan sutradara Syafiq Yusof itu karya pertama tempatan yang menembusi pasaran pawagam luar negara semenjak penularan pandemik Covid-19 lebih setahun lalu.

Penunggang Agama akan ditayangkan di pawagam Cathay menerusi lapan lokasi seperti AMK Hub, The Cathay, Orchard Cinelesirure, Downtown East, West Mall, JEM, Causeway Point dan Parkway Parade.

Syafiq dalam satu kenyataan berkata, dia berasa lega dengan kejayaan filem terbabit walaupun dalam tempoh yang sangat mencabar.

“Penunggang Agama adalah percubaan pertama saya dalam menghasilkan sebuah konten berelemen islamik. Alhamdulillah, kerja keras saya bersama kru dan barisan pelakon telah menerima respon positif daripada penonton dan saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penonton yang telah melanggan filem ini dalam Astro First.

“Saya juga rasa teruja kerana naskhah yang saya hasilkan akan ditayangkan di pawagam negara jiran. Setelah hampir setahun lebih ekoran pandemik Covid-19, banyak filem tidak dapat ditayangkan di layar besar. Saya harap selepas kehadiran filem ini di Singapura, ia akan dibawa pula ke pawagam tempatan dan sekali gus mampu menaikkan lagi keterujaan penonton kita untuk kembali menikmati pengalaman menonton di panggung wayang,” katanya Syafiq.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, filem Penunggang Agama telah berjaya beradadalam top 10 filem yang meraih kutipan tertinggi sepanjang 18 hari tayangan.

“Atas kejayaan luar biasa, pihak penerbit merasakan ini adalah masa yang tepat untuk membawa filem ini ke Singapura dan ditayangkan melalui 8 buah pawagam. Kami juga ada membuat perancangan untuk membawa karya ini di pawagam tanah air bagi memberi peluang penonton merasai senimatik yang berbeza.

“Insya-Allah, kami akan umumkan kelak. Saya berharap, Penunggang Agama akan menjadi pembuka ruang untuk filem-filem tempatan yang lain turut ditayangan di Singapura selepas setahun lebih filem tempatan tidak dapat ditayangkan di sana,” ujar Raja Jastina.

Penunggang Agama mula menemui penonton Astro First, sejak 25 Mac lalu dan menampilkan lakonan mantap Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan, Azira Shafinaz, Puteri Nurqaseh, Salina Saibi, Johan As’ari, Sabrina Ali dan Datuk Jalaludin Hassan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI