fbpx

Pemilik Iconic Hill minta pengunjung henti demonstrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Iconic Hill di Bukit Gambir, George Town menjadi tumpuan orang ramai kerana mempunyai pemandangan indah.

GEORGE TOWN – Pengunjung yang melakukan demonstrasi bagi membantah tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan beberapa struktur binaan di atas lokasi riadah, Iconic Hill di Bukit Gambir di sini diminta berhenti berbuat demikian.

Pemilik tanah berkenaan, Datuk Tan Kean Tet berkata, pihaknya akan menghantar semula permohonan bagi membina kemudahan pavilion, tandas awam dan kemudahan lain bagi menjadikan lokasi itu sebagai tarikan baharu negeri ini selepas ia dibina tanpa kelulusan sebelum ini.

Katanya, baru-baru ini pihak berkuasa tempatan merobohkan kemudahan yang disediakan kerana tidak mempunyi kelulusan sehingga menimbulkan kemarahan pengunjung.

“Kami memahami tindakan itu adalah untuk kebaikan pengunjung dan akan membuat permohonan untuk pembinaan semula kemudahan itu bagi menjadikannya sebagai lokasi agro-pelancongan.

“Pengunjung yang melakukan demonstrasi sejak beberapa hari lalu diminta berhenti berbuat demikian dan kami akan membawa pandangan itu kepada MBPP bagi mendapatkan penyelesaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan MBPP merobohkan beberapa struktur di atas bukit tersebut Jumaat lalu kerana dibina tanpa kelulusan pihaknya selepas dua notis mengarahkan pemiliknya merobohkan sendiri diabaikan.

Sementara itu, Kean Tet berkata, lokasi berkenaan merupakan kebun durian persendirian dan pihaknya membenarkan orang ramai mengunjunginya selepas ia semakin popular untuk aktiviti riadah kerana mempunyai pemandangan indah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI