fbpx

Mohon pas khas jika mahu lanjut tempoh tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee.

PUTRAJAYA – Warga asing yang menghadapi kesukaran untuk pulang ke negara masing-masing atas faktor ketiadaan penerbangan dan situasi pandemik Covid-19 perlulah memohon pas khas untuk melanjutkan tempoh tinggal di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, permohonan pas khas itu juga perlulah disokong oleh kedutaan masing-masing.

Katanya, dokumen pembuktian mengenai tempat tinggal dan kemampuan kewangan sepanjang berada di negara ini juga hendaklah disertakan dalam permohonan berkenaan.

“Warganegara asing yang diberi kebenaran untuk tinggal di negara ini atas Pas Lawatan Sosial (PLS) berkenaan hendaklah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen.

“JIM juga telah memutuskan supaya warga asing berkenaan meninggalkan negara ini pada 21 April depan.

Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil,” jelasnya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Khairul Dzaimee berkata demikian ketika merujuk kepada beberapa laporan berita berkenaan warga asing yang memegang PLS dan perlu meninggalkan negara pada 21 April depan.

Menurutnya lagi, JIM mendapati beberapa kes penyalahgunaan PLS oleh pelawat asing melalui operasi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

“Seramai 1,281 warga asing dan 83 majikan telah ditahan menerusi 291 operasi penguatkuasaan ke atas premis hiburan dan rumah urut.

“Antara kesalahan ialah bekerja di pusat hiburan, rumah urut dan melibatkan diri dengan aktiviti pelacuran, scammer serta lain-lain kesalahan yang melanggar undang-undang,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI