fbpx

Mesir, Lebanon puasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANGGAN membeli jeruk dan buah zaitun di sebuah gerai di bandar Hebron, Tebing Barat menjelang ketibaan bulan puasa semalam. - AFP

KAHERAH –  Ramadan akan bermula esok di Mesir dan  Lebanon, kata pihak berkuasa agama di kedua-dua negara dalam satu pengumuman. 

“13 April akan menjadi hari pertama Ramadan,” kata Dar al-Ifta iaitu institusi yang  mengeluarkan fatwa di negara paling ramai penduduk  di dunia Arab itu semalam.

Di Lebanon, Mufti Besar Sheikh Abdellatif Deryan turut mengesahkan bulan Ramadan akan bermula esok. 

Arab Saudi yang merupakan penjaga dua tempat paling suci umat Islam menyatakan, anak bulan Ramadan tidak kelihatan semalam manakala jawatankuasa pengisytiharan permulaan puasa akan bertemu sekali lagi malam ini.

Berikutan pandemik Covid-19, banyak negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam melaksanakan sekatan termasuk perintah berkurung waktu malam dengan solat tarawih dilakukan di rumah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI