fbpx

Lelaki maut, lori bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan dua buah lori yang terlibat dalam kemalangan maut di km 8, Jalan Lipis-Benta di sini hari ini.

LIPIS – Seorang lelaki maut selepas lori muatan ubat dipandunya bertembung dengan sebuah lori tanpa muatan yang dipercayai masuk ke laluan bertentangan di kilometer (km) 8 Jalan Lipis-Benta di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohamad Kharul Izwan Zamri,25, dalam perjalanan dari arah Lipis ke Benta.

“Apabila sampai di tempat kejadian sebuah lori dari arah Benta masuk sedikit ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan sebuah kereta sebelum bertembung dengan lori dipandu mangsa dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah meninggal dunia semasa menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Kuala Lipis,” katanya hari ini.

Tambahnya, pemandu dan kelindan lori tanpa muatan mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Kuala Lipis.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan jalan lurus dan semasa kejadian cuaca baik dan permukaan jalan kering,” ujarnya.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI