fbpx

Laluan LRT Sri Petaling, Ampang tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto dikongsikan seorang pengguna Twitter menunjukkan keadaan tren tergendala susulan kejadian pokok tumbang di atas landasan.

PETALING JAYA- Perkhidmatan Aliran Transit Ringan ( LRT) Laluan Sri Petaling dan Laluan Ampang dilaporkan tergendala susulan kejadian ribut petir yang melanda ibu negara sejak petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan yang dimuat naik AskRapidKL di laman Twitter tadi dengan menjelaskan kejadian pokok tumbang di atas landasan sebagai punca laluan tergendala.

Katanya, kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku antara laluan Chan Sow Lin menuju ke Cheras selain laluan Maluri ke Pandan Jaya.

“Perkhidmatan tren dihentikan bagi kedua-dua arah, perkembangan terkini akan menyusul.

“Pengguna dinasihatkan mencari alternatif pengangkutan lain,” katanya.

Terdahulu, kejadian ribut petir dilaporkan berlaku di sekitar ibu negara hingga menyebabkan kejadian pokok tumbang selain banjir kilat.

Sementara itu, seorang pengguna @syuzxini menjelaskan dia terperangkap hampir sejam di dalam tren berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI