fbpx

Kerajaan negeri boleh ketatkan SOP ikut keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan negeri dibenarkan membuat peraturan lebih ketat sekiranya perlu bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu dibuat selepas membuat penilaian dengan Kementerian Kesihatan mengenai perubahan peraturan lebih ketat sekiranya perlu.

“Bagaimanapun, apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) meletakkan sesuatu peraturan, dan membenarkan sesuatu peraturan, ia sepatutnya diikuti setiap negeri.

“Kerajaan negeri boleh guna budi bicara berdasarkan kes yang dicatatkan di negeri mereka,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang akhbar harian MKN hari ini.

Bagaimanapun Ismail Sabri berkata, kerajaan negeri tidak dibenarkan untuk melonggarkan sesuatu peraturan yang ditetapkan oleh MKN.

“Kerajaan negeri diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan persekutuan supaya tidak mengelirukan rakyat,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI