fbpx

ECRL jajaran Selatan Selangor lindungi sumber air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek ECRL. - Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Pengekalan projek pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jajaran selatan Selangor (Hulu Selangor-Sepang-Westport) penting dalam melindungi sumber air berbanding Jajaran Utara Selangor (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan rel ECRL jajaran utara akan dibina di Sungai Selangor dan Sungai Langat yang menjadi sumber air utama di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri kekal mahu membangunkan Jajaran Selatan Selangor (Hulu Selangor-Sepang-Westport).

“Walaupun Kementerian Pengangkutan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa rel Jajaran Selangor Utara tidak akan melalui kawasan tadahan air, tetapi rel tersebut akan dibina di Sungai Selangor dan Sungai Langat yang menjadi sumber air utama di negeri ini.

“Sekiranya Sungai Selangor tercemar, ia akan menjejaskan lebih satu juta pemilik akaun air di Lembah Klang dan kami mahu mengelak daripada perkara ini berlaku,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor, di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Amirudin (lima dari kiri) memegang plakad jata Selangor sebagai simbolik perasmian Geran Padanan Digitalisasi PKS Selangor di SUK Selangor, hari ini. /FOTO MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian kerajaan negeri berhubung isu pembinaan rel ECRL setelah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong bertegas bahawa kementeriannya mahu membangunkan Jajaran Utara Selangor (Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang).

Ka Siong dipetik berkata telah berulang kali memberikan penjelasan dan menyifatkan kerajaan negeri itu dilihat sengaja mempolitikkan projek mega berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Amirudin menjelaskan selain berkaitan isu alam sekitar, Kerajaan Pusat juga perlu melihat dari aspek limpahan ekonomi di bahagian selatan Selangor yang semakin mendapat pelaburan daripada banyak syarikat.

“Majlis Perbandaran Sepang adalah di antara majlis perbandaran di Selangor yang menerima pendapatan tertinggi sejak tiga kebelakangan ini.

“Malah, Majlis Daerah Kuala Langat juga telah dinaik taraf sebagai Majlis Perbandaran Kuala Langat kerana telah menerima pelabur yang banyak dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI