fbpx

Diskaun saman, kompaun 70 peratus mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ka Siong.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan diskaun 70 peratus terhadap semua saman dan kompaun, selama dua bulan bermula esok sambutan Ulang Tahun JPJ Ke-75 tahun ini.

Berita baik itu diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, diskaun itu membabitkan sejumlah 3.5 juta notis saman dan kompaun yang masih aktif sejak 2010 sehingga kini.

“Tawaran diskaun itu diberikan bagi semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuat kuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

“Ia membabitkan saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam,” katanya.

Katanya, sebanyak 70 peratus pengurangan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut.

Ka Siong berkata, tawaran itu turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuat kuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh dua bulan bermula esok hingga 13 Jun depan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI