fbpx

Diberikan penghormatan sebagai dewa, Putera Philip dapat ritual khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung menganggap Putera Philip sebagai dewa dan menggantung potretnya di rumah masing-masing. – Sky News

TANNA, VANUATU – Satu puak di sebuah pulau terpencil yang menganggap Putera Philip sebagai dewa akan menghormati kematiannya dengan cara ratapan ritual dan tarian tradisional istimewa, lapor laman berita Sky News kelmarin.

Seorang ahli antropologi berkata, puak tersebut percaya bahawa Duke of Edinburgh itu kelahiran semula seorang pejuang kuno yang meninggalkan kepulauan itu untuk berperang.

Mereka sebelum ini turut percaya bahawa ketua pejuang itu akan kembali dengan seorang isteri berkulit putih yang kaya.

Putera Philip memenuhi kriteria itu apabila mengahwini Ratu Elizabeth dan membentuk hubung kait dengan lagenda pada tahun 1960 apabila Vanuatu merupakan koloni Anglo-Perancis yang dikenali sebagai Hebrides.

“Fokus utama upacara tersebut adalah golongan lelaki yang meminum kava (minuman yang diperbuat daripada akar tanaman lada) dan ia adalah kunci untuk membuka pintu ke dunia ghaib.

“Apabila mereka mabuk, ia bukan bererti mereka benar-benar mabuk. Sebaliknya, ia merupakan proses hubungan antara dua dunia mengikut kepercayaan puak tersebut,” ujar seorang ahli antropologi, Kirk Huffman.

Putera Philip mempunyai hubungan baik dengan puak tersebut selama 50 tahun sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Jumaat lepas.

Kekaguman luar biasa puak itu terhadap Putera Philip dizahirkan dalam pemujaan doa setiap hari agar beliau memberkati tanaman pisang dan keladi selain potretnya digantung di semua rumah penduduk kampung.

Sementara itu, menurut laporan Daily Star, pemujaan puak tersebut akan beralih kepada anak mendiang iaitu Putera Charles, juga sebagai dewa seperti bapanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI