fbpx

Cecair, peralatan vape ditinggal di tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cecair dan peralatan vape yang ditinggalkan di tepi sungai di pangkalan haram Awang Bunga, Kampung Limau Purut, di sini semalam. /FOTO IHSAN PGA

TANAH MERAH – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,780 botol cecair vape ke negara jiran selepas merampas barangan tersebut di pangkalan haram Awang Bunga, Kampung Limau Purut di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 6.50 pagi itu, PGA turut merampas 809 unit peralatan vape pelbagai jenama dengan jumlah keseluruhan RM310,360.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, sepasukan anggota PGA telah melakukan rondaan dan pemeriksaan di lokasi itu selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti penyeludupan.

Katanya, pemeriksaan di kawasan pangkalan haram itu telah menjumpai beberapa kotak berwarna coklat berada di tepi sungai.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kotak-kotak itu telah membawa kepada penemuan sebanyak 809 unit peralatan dan 2,780 botol cecair vape.

“Kesemua kotak-kotak itu kemudiannya dibawa ke Kompeni Taktikal, Taman Bakti di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, rampasan peralatan vape itu akan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia manakala cecair vape pula kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI