PETALING JAYA – Sidang khas hari ini bersetuju untuk membenarkan aktiviti di Masjid dan Surau pada bulan Ramadan ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bagaimanapun kebenaran itu masih tertakluk dibawah Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing untuk membuat keputusan dan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua aktiviti tersebut.
“Saya difahamkan setiap kerajaan negeri telah mengumumkan SOP masing-masing.
“Maklumat lanjut mengenai SOP boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang khas MKN hari ini. – K! ONLINE