fbpx

36 pengarah, pengurus dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huzir menunjukkan gambar suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan kartel daging sejuk beku di IPK Johor, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 36 pengarah dan pengurus syarikat yang ditahan di seluruh negara dalam Op Kartel Daging pada Jumaat lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan ke atas mereka hampir selesai dan dibebaskan selepas tempoh reman sehari tamat.

“Kita sudah merakamkan keterangan mereka dan mendapat dokumen yang diperlukan seperti invois sebelum dibebaskan.

“Kini polis dalam proses untuk melengkapkan siasatan. Sekiranya sudah memperoleh maklumat mencukupi, kita akan tuduh secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan pakatan jahat 19 buah syarikat berkomplot mengedar daging import sejuk beku dari Brazil melebihi had permit dan menggunakan kotak berlogo halal bagi mengelirukan penjual.

Beliau berkata, berkata, siasatan mendapati kesemua 19 syarikat itu telah berkomplot dengan sebuah pengimport daging sejuk beku import yang sah sejak 2018 hingga tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI